RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 TERBILANG

Tahun: 4 Terbilang
Bil Murid: 28 orang (       tidak hadir)
Tarikh: 18 April 2012
Bidang/Tema:
Kenali  Budaya Malaysia
Tajuk Pelajaran:
Pakaian Tradisional Kebanggaan Kita
Jangkamasa: 60 minit
(0830– 0930)
Isi Pelajaran:
                      i.          Jenis-jenis pakaian tradisional kaum Melayu, India, dan Cina.
                      ii.          Melukis pakaian tradisional pelbagai kaum.
Hasil Pembelajaran:
                       i.             Mengenal pasti jenis-jenis pakaian tradisional pelbagai kaum.
                      ii.            Melukis pakaian tradisional pelbagai kaum.
                      iii.           Berbangga dengan warisan budaya pakaian pelbagai kaum.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
  1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 daripada 6 jenis pakaian tradisional kaum Melayu , India dan Cina setelah mencantumkan              ’ puzzle’ pakaian tradisional bersama ahli kumpulan.
  2. Sekurang-kurangnya 15 daripada 28 orang murid dapat melukis pakaian tradisional sama ada kaum Melayu, India dan China setelah mendapat bimbingan guru.
  3. Memberikan sekurang-kurangnya dua keistimewaan  pakaian tradisional daripada perbincangan dengan pasangan.
Pengetahuan Sedia Ada:
                       i.           Murid-murid pernah disebarkan mengenai budaya pelbagai kaum sejak kecil lagi.
Unsur Patriotisme/Nilai Murni
  1. Melahirkan sikap hormat-menghormati dan berasa bangga dengan warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum.
Bahan Bantu Mengajar
Baju Kurung
Samfu
Baju Punjabi
’Puzzle’ Pakaian Tradisional
Lukisan Pakaian Tradisional
Lembaran Kerja
Komputer Riba
Pembesar Suara
Sampul Surat
Buku Kumpulan

Langkah / Isi Pelajaran

Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pembelajaran Bestari / konsep
Catatan
Induksi set
0830 -0835
(5 minit)


Pengenalan tajuk
”Pakaian Tradisional Kebanggan Kita.”

1.    Beberapa orang murid yang terpilih akan memperagakan pakaian tradisional beberapa kaum di hadapan kelas.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang pakaian-pakaian  telah ditunjukkan.
3.    Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

TKP
-verbal-linguistik
- kinestetik



KBKK
-membuat  hubungkait
Nilai:
Bangga dengan warisan budaya

BSPP
Baju Kurung
Baju Punjabi
Samfu




Langkah 1
0835 - 0855
(20 minit)
Jenis-jenis Pakaian Tradisional Mengikut Kaum
·         Melayu
Baju Kurung
Baju Melayu


·         Cina
Ceongsam
Samfu



·         India
Sari
Dhoti


1.    Guru menyediakan 3 stesen di dalam kelas iaitu  Stesen Melayu, Stesen India dan Stesen Cina.
2.    Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi 1 keping buku untuk kumpulan masing-masing.
3.    Guru memberi arahan aktiviti sebelum murid-murid bergerak ke stesen yang dituju.
4.    2 kumpulan akan berada di setiap stesen yang ditetapkan.
5.    Setiap kumpulan akan melengkapkan gambar ’puzzle’ pakaian tradisional di setiap stesen dan melekatkan di buku yang diberi oleh guru.
6.    Masa diberi hanya 5 minit di setiap stesen.
7.    Guru akan membunyikan loceng menandakan masa 5 minit sudah tamat.
8.    Kemudian, setiap kumpulan akan beredar ke stesen seterusnya untuk menyelesaikan aktiviti sehinggalah masa tamat.
9.    Setelah aktiviti tamat, guru dan murid akan berbincang jawapan.
10. Guru dan murid bersama-sama membetulkan jawapan yang salah.

Kaedah:
Permainan

TKP
Intrapersonal

KBKK
mengenal pasti





Objektif (1)

Nilai:
Patuh pada arahan
Kerjasama
Berbangga dengan Warisan Budaya

 BSPP
Puzzle Gambar
Buku

Langkah 2
0855 - 0915
(20 minit)


Lukisan Pakaian Tradisional



 


.


1.    Setelah murid dapat mengenal pasti pakaian tradisional kaum  Melayu ,India dan Cina,murid-murid dikehendaki melukis salah satu pakaian tradisional kaum-kaum tersebut.
2.    Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan kepada murid-murid sebelum mengedarkan sehelai kertas kepada murid-murid.
3.    Guru memantau dan membimbing murid-murid.
4.    Hasil kerja yang terbaik akan dilekatkan di belakang kelas.


TKP
-       Intrapersonal
-       Visual-ruang

KBKK
Menjana idea




Objektif (2)

Nilai
Berbangga dengan Warisan Budaya


BSPP
Kertas A4
Lukisan Pakaian Tradisional

Langkah 3
0915 - 0925
(10 minit)

Lembaran kerja:

Berikan 3 keistimewaan pakaian tradisional secara berpasangan
1.    ___________
2.    ___________
3.    ___________

Cadangan Jawapan
·         berasa bangga akan warisan budaya
·         menunjukkan identiti
·         sesuai dipakai untuk sesuatu acara rasmi atau formal

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.    Mereka dikehendaki membuat tugasan secara berpasangan.
3.    Guru memantau dan menilai tugasan murid.

Kaedah:
Perbincangan


TKP
-       Intrapersonal

KBKK
-       Menjana idea

Objektif (3)

Nilai
Patuh pada arahan

BSPP
Lembaran kerja
Penutup
0925 – 0930
(5 minit)

Peragaan Pakaian Tradisional

4.    Beberapa orang murid yang terpilih akan memperagakan pakaian tradisional beberapa kaum di hadapan kelas.
5.    Guru menerapkan nilai-nilai murni selepas peragaan pakaian tradisional oleh murid-murid.
6.    Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini.
7.    Akhir sekali guru meminta murid mengucapkan kata- kata penghargaan kepada  guru.
TKP
-       Intrapersonal
-       Interpersonal
-       Verbal-linguistik

KBKK
Merumus
Membuat kesimpulan


Nilai:
Bangga akan warisan budaya
Patuh pada arahan

BSPP
Pakaian Tradisonal yang Terpilih